1. Demi MASA
2. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian,
3. Kecuali orang-orang yang beriman & mengerjakan kebajikan
serta saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan saling
menasihati untuk kesabaran.
~ AL-'ASR, Surah ke 103; Makkiyyah, 3 ayat.
Allah bersumpah dengan MASA, kerana didalamnya (masa) terdapat pelajaran & kejadian-kejadian yg menakjubkan. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dlm kerugian yang besar jika dia menuruti ajakan iblis & setan dan kerana mengutamakan kehidupan sementara dunia (sedangkan akhirat itu kekal & abadi). Manusia itu akan untung yg kekal abadi jika mentaati perintah Allah SWT.
No comments:
Post a Comment